Tuesday, February 23, 2010

6 hak muslim

PROGRAM ANJURAN NABI MUHAMMAD SAW
ENAM HAK MUSLIM

Hak orang Islam terhadap orang Islam lainnya ada enam:
Apabila engkau berjumpa dengannya, berilah salam kepadanya.
Apabila ia mengundangmu, penuhilah undangan itu.
Apabila ia meminta nasihat padamu, nasihatlah dia.
Apabila ia bersin lalu memuji Allah (membaca Alhamdulillah, maka doakanlah ia olehmu (yarhamukillah = semoga Allah memberi rahmat kepadamu)
Apabila ia sakit, ziarahilah dia, dan
Apabila ia meninggal dunia, maka iringkanlah dia.

JIKA BERTEMU BERILAH SALAM
Mengucap salam langkah pertama.
Lebih mantap jika diikuti dengan berjabat tangan.
Ucapan salam mesti disertai dengan perasaan cinta, senang, wajah yang berseri agar fungsinya akan tewujud.
Saling memperkenalkan diri, nama, pekerjaan, tempat tinggal.
Tapak dalam tahap awal berdakwah.

JIKA TIDAK KELIHATAN , MAKA CARILAH DIA
Watak sebuah perkenalan adalah jika seseorang yang anda kenal itu tidak anda lihat dalam waktu tertentu, maka anda harus bertanya khabar tentang keadaannya, atau menghubunginya, baik lewat telefon/sistem pesanan ringkas (sms) ataupun surat.

JIKA SAKIT JENGUKLAH DIA
Sunnatullah akan berlaku pada setiap orang; gembira, sakit, sedih dan setiap keadaan dan situasi perlu disikapi dengan sikap Islami. Jika anda mendengar bahawa teman anda sakit, anda harus segera menjenguknya, memberi ketenangan dan mendoakan kesembuhannya. Dan sangat baik untuk membawa hadiah yang sesuai.

JIKA DIA MENGUNDANGMU MAKA PENUHILAH
Selepas melewati tahap di atas, hubungan semakin erat. Sahabat anda akan menghadapi keadaan penting seperti naik pangkat, pernikahan, mendapat cahaya mata, lalu dia mengundangmu. Anda harus memenuhi undangannya kerana ia merupakan kesempatan berharga yang tersedia tanpa anda harus rencanakan sebelumnya, serta sebaliknya.

JIKA DIA BERSIN DAN UCAP ALHAMDULILLAH , JAWABLAH YARHAMUKALLAH
Duduk bersebelahan dengan orang belum dikenal di suatu tempat, baik perjalanan, pesta, mahupun tatkala menjenguk orang sakit, lalu orang yang duduk bersin maka hendaklah anda menoleh kepadanya dengan wajah berseri dan berdoa. Tentu hal ini akan menjadikan dirinya istimewa dan sesuatu yang baru dan setelah itu anda dapat bercakap-cakap dengannya.

JIKA DIA MENINGGAL DUNIA MAKA HANTARKAN KE TEMPAT PEMAKAMANNYA
Apa yang dapat ia lakukan setelah meninggalkan dunia dan dikubur?
Pada hakikatnya, menghantar orang lain ke tempat pemakaman adalah menghantar dirinya sendiri, yang ia akan dapat mengambil nasihat, pelajaran dan merenungnya.
Ini sebuah Rasulullah saw, yang menggambarkan persatuan dan kesatuan kaum muslimin.
Jika sebelumnya anda dapat mengenal peribadi yang meninggal dunia, maka sekarang anda menggunakan kesempatan untuk berkenalan dengan keluarganya dan orang-orang yang bertakziah ke rumahnya. Membuka peluang berkenalan dengan ramai orang hasil satu kematian.


NERACA USRAH YANG BERJAYA.

Sejauhmana dapat meningkat kefahaman dan kesedaran Islam.
Sejauhmana dapat meningkatkan kerjasama-ta’awun ?????dalam menghayati Islam.
Sejauhmana dapat menumbuhkan “masuliyyah fardiyyah” – ??????? ?????

Yang salah itu bahasa
Yang benar itu erti
Yang susah itu kerja
Yang senang itu bakti
“ Jadikan usrah sebagai medan untuk berbakti kepada agama tercinta”

1 comment:

  1. syukron 4 da information...masyaAllah..nice blog sis..keep it up!

    ReplyDelete