Friday, April 6, 2012

Bulatan gumbira

iman manusia yang dijadikan ada naik dan turunnya, menyebabkan kita tidak lari daripada memperbaharui iman kita setiap masa dan sentiasa mencari keredhaanNya serta mengembalikan ruh-ruh kita ke dalam kemanisan iman itu.

Manusia juga sepatutnya tidak lari daripada perasaan takut akan jatuhnya iman apabila datang cubaan yang menguji tahap keimanannya, dan apabila fitnah dunia mula meragut kecintaanya kepada Ilahi, dan apabila tentera iblis datang mewarnai hawa nafsu manusia agar ia jatuh ke dalamnya. Semua ini meletakkan manusia itu dalam keadaan berjaga-jaga setiap masa.

Wahai sahabatku yang dikasihi, Adakah kamu tidak takut akan imanmu itu yang ada pasang surutnya? Ketahuilah, kekasih kita Ar-Rasul amat menitikberatkan naik turun iman tersebut. Dan sesungguhnya, Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa,

Wahai Tuhan yang sentiasa membolak-balikkan hati, Engkau tetapkanlah hati ini di dalam agamaMu”.

Baginda juga sentiasa berdoa siang dan malam,

“ Ya Allah, jauhkanlah aku dari kekafiran dan kekufuran.

"Iman itu boleh bertambah dan boleh berkurang, maka perbaharuilah imanmu dengan LAA ILAA ILLALLAH" (HR. Ibnu Islam)
Kehidupan manusia dimana lingkungannya jauh dari keadaan islamik, dapat membawanya kepada penurunan kadar keimanan. Penurunan kadar tersebut akan menjadi lebih mudah lagi apabila manusia tersebut tidak mengetahui sifat-sifat keimanan.
Keimanan dalam Islam, bukanlah dengan hanya angan-angan dan bukan pula hanya dengan kata-kata dan dakwaan semata-mata. Keimanan adalah sebuah keyakinan yang menghujam di dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan.
Keimanan adalah penggerak yang mendorong manusia untuk melakukan sesuatu perbuatan. Baik buruknya perbuatan seseorang adalah tergantung baik buruknya keimanan seseorang. Keadaan/tahap keimanan yang buruk akan menghasilkan perbuatan yang buruk dan sebaliknya, keadaan yang baik menghasilkan perbuatan yang baik.
Keimanan yang berteraskan kalimah Laa Ilaaha IllaLlah, jika tertanam baik dalam hati manusia, akan memotivasi manusia untuk melaksanakan tuntutan-tuntutannya.LAA ILAAHA ILLALLAH, bererti menjadikan Allah sebagai satu-satunya tempat pengabdian. Pengabdian sangat erat hubungannya dengan pembuktian dalam 'amal-amal' soleh. Dengan mematuhi perintah dan menjauhi laranganNya maka akan menjadikan keimanan kita tetap terjaga. Dengan bersegera dan berterusan melaksanakan amal, akan menjadikan kita semakin dekat denganNya.
Pada suatu hari Rasulullah SAW pernah terkejut, tatkala mendapati seutas tali yang terikat di dua buah tiang di masjidnya. "Tali apa ini?" tanya Rasulullah kepada para sahabat. Para sahabat menjelaskan: "Wahai Rasul, ini adalah tali milik Zainab. Ia mengikatkan tali ini agar dapat bergantung apabila terasa malas dalam dirinya...." Rasul tersentak mendengar keterangan para sahabat, kemudian ia perintahkan mereka melepaskan tali tersebut seraya berkata. "Lakukanlah solat selama anda masih kuat melaksanakannya. Akan tetapi apabila kamu letih, hendaklah tidur..."
Diriwayatkan bahawa Amirul mu'minin Umar bin Abdul Aziz selesai salat fajar, pernah dilihat mengelilingi halaman rumahnya. Raut wajahnya menggambarkan sedihan, penuh kekhuwatiran dan harapan. Meski tidak dilantunkan dengan secara keras, namun ungkapannya jelas terdengar, berulang kali beliau memantulkan kalimat yang sama:"...bagaimana mata ini dapat terkatup dan pejam...sedang dia tidak tahu, di mana kelak dia akan kembali di antara dua tempat..." begitu seterusnya.
Demikianlah para sahabat dan orang-orang soleh, mereka selalu ingin mendekatkan dirinya kepada Allah. Hingga mereka terkadang memaksa diri untuk melakukannya. Suatu hal yang patut kita contohi, di mana pada saat ini banyak di antara kita yang baru saja melakukan sedikit 'amal-amal' soleh sudah merasa letih dan lelah bahkan berkeluh kesah.
Manusia beriman akan tergetar hatinya apabila menyebut nama Allah. Aqalnya akan sentiasa memikirkan kebesaran-kebesaranNya. Jasadnya pula akan selalu bergerak melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya.
Marilah kita mohon kepada Allah agar kita selalu diberiNya kekuatan untuk dapat menjaga dan mengingatkan keimanan kita kepadaNya. Segenap ruang dalam hidup kita Allah anugerahkan untuk meneguhkan iman, supaya nanti kita pulang ke sisiNya dalam keadaan redha meredhai.
Wallahu'alam

Sunday, February 12, 2012

Rama-Rama

Segalanya sudah terjawab....
tiada lagi...kegelisahan dibenak mindaku..
alhamdulillah ya ALLAH...dari KAU kami datang,dan dari KAU kami kembali...

sebab kita manusia tak punya apa2...
sebab kita hamba yang hanya sekadar menjadi catur sahaja..mainan sahaja...
kerna pemilik yang kekal maha mengetauhi..akan apa kesudahanya..

Ranap jiwa ini..ya ALLAH...ku harap,ku dapat perbaiki..kerosakan hati ni..ampun kan hambamu ni...
kerana tak setia mencintaimu..kerna dipeluk cinta dunia..

sabarkan lah hati ni...semoga kembali caeria seperti sang RAMA-RAMA...:)

Sayu bangsaku

oh langkah sayu nya hatiku.bila kau melihat bangsaku kasih sayang sudah musnah
perpaduan telah punah ranah

bahkan berlaku didalam bangsaku pergaduhan dan tipu menipu
kasih sayang sudah tidak lagi dperduli masing2  ikut cara sendiri

oh alangkah malang bangsaku,cuba bersatu tapi tak mampu
malh makin menjauhkan antara 1 sama lain

Friday, February 10, 2012

Selamat hari lahir wahai diriku...

Semakin tua ye diri ini,moga jadi lebih baik dari semalam...

ya ALLAH ...dengan pertambahan umo ni..KAU berikanlah diri ini kekuatan,kesabaran dan ketabahan dalam menjalani hidup..ampuni segala dosa2 hamba..

to mak n ayah..tq besarkan kak chik...kak chik sayang u alls..muahh

Wednesday, February 1, 2012

Cinta ALLAH

Assalamualaikum...

kisah dari hati..

hai bestnya bercinta kan....indah belaka....sampai makan pun x kenyang2..hehehe amboi...gemuklah kalau macam tu...p/s mcmn dapat berat ideal ni...:P

TAPI!!!! ingat...biarlah bercinta selepas kahwin..itulah pilihan yang terbaik..

Realiti sekarang..ramai remaja..adik2 belasan tahun menjadi mangsa dambaan cinta yang tidak halal..
SALAH SAPE SEKARANG?...MAK N AYAH?...SENDIRI?....GURU2?....OH jgn suka tuduh2..sayang oii...

Last-last...tengoklah..banyak kes buang anak,maksiat,mat rempit dan pelbagai gejala sosial...:( sob sob...apo nak jadi aii tak tahulah..
tapi kalau kita ada didikan agama yang kuat,inshaALLAH..ALLAH bagi kita kefahaman,kenapa lelaki dan perempuan tidak boleh bercinta,bergaul sebelum kahwin...kerana ALLAH lg tahu apa yang tersurat dan tersirat..

cukup-cukuplah cinta yang nak kita tujukan hanya pada ALLAH dan Rasul....
kepada yang masih stdy..cinta lah pada ilmu2 anda...kelak dapat mencintai ALLAH...lagi kita banyak menuntut ilmu..lagi banyak kefahaman yang ALLAH mudahkan..

Maaf saya pun pernah juga terleka dengan dunia khayalan tu..:P
alhamdulillah setelah masuk ke U...saya join program- program agama..dan menjadikan saya sibuk dengan ilmu,yang best tu dapat kawan 2 baru...soleh dan solehah lak tu..:)

dan BEST kalau kita sentiasa ikat kan diri kita dengan ALLAH...
BAHAGIANYA BERCINTA DENGAN ALLAH....tuhan semesta ALAM....
SAPE SETUJU ANGKAT KENING heheheheh..:D

p/s: CINTAILAH TUHAN DIA ADALAH SEGALANYA..
CINTA Y PALING MAHAL YANG TIADA TANDINGAN...
cinta selain ALLAH...CINTA MURAHAN..MALAH...Xde class..:P

Sunday, January 8, 2012

AURAT KU BUKAN UNTUK DITAYANG ..WALAUPUN DARURAT...

Assalamualaikum wwbt....salam 1 BLOG..

lama sungguh tak mengUPDATE..blog yang tersayang nie...semoga kawan2 baik2...sihat yer..
kalau tak sihat cepat2 lah makan ubat...dan jumpe DR..

Saya nak tanye korang semua..kalau sakit kan..DR mana yang korang jumpe?yang korng mahukan
mesti DR yang same jantinakan? sebab dorang lebih faham kan? btol x

ada 1 kisah...ni kisah dari saya k..saya nak kongsi  dgn kawan2 semua..

saya baru je selesai operation...hari ni adalah hari ke 6 saya keluar wad...
alhamdulillah..DR yang check saya...semua nya DR PEREMPUAN...ISLAM..
tapi kadang2 DR perempuan non muslim pun dah kira ok...
alhamdulillah..kat hospital tersebut sangat2 kekurangan DR PAKAR PEREMPUAN ISLAM..
Sob sob sob.. :(

Saban hari saya berdoa pada ALLAH..ya ALLAH..kalau DR nak check aku nanti..KAU kurniakanlah DR PEREMPUAN ISLAM..jangan lah KAU kurniakan DR laki2..ya ALLAH..saban hari aku menutup aurat aku dari x dilihat oleh bukan muhrim ku..bertahun2 lama nya..xkan aku nak tunjuk aurat yang aku jaga ni pada DR laki2???...ye saya amat menjaga..wahai kawan2 muslimah ku...sampai bila nak tayang aurat kita kat DR bukan muhrim kita?? alasan yang sering kita dengar ialah..DARURAT??..sampai bila kawan2...

Ye selama saya di wad..katil 28..yang nak di check oleh DR laki2...sory saya katakan...
saya malu sangat2..sebab katil saya dikelilingi DR2 laki..:(

saya sikit pun x takut penyakit saya ni..yang saya takut ialah...andai AURAT yang saya jaga selama ni
tertayang pada DR2 laki  astaghfirullah..nauzubillah...saya x rela! kawan2 rela ke?mesti x kan
Setibanya PAKAR nak check...saya dah mula mengigil...sebab takut dia (DR LAKI2) Tgk aurat saya...huhuhu
saya pun bertindak saya cakap saya DR PEREMPUAN SAHAJA...semua DR2 laki2...DPERSILAKAN KELUAR..hehee...DR2 kat situ terkejut..dengan arahan saya..:D
huhuhhuhuh.....:P padan muka semuooo DR2 laki2..xdo chan nak adjust2..saya huhuhu..:P

alhamdulillah..saya di check oleh DR perempuan...subahanallah...DOA2 SAYA TERMAKBUL
kalimah alhamdulilllah..dan tangisan huhuhu...bukan tangisan terharu...tapi tangisan kesakitan ya amat dasyat..apabila plaster di buka dri tempat operation 3 CM  kih kih kih...:P

wahai muslimah ku...:)
kawan2 yang dihormati muslimah khususnya..
sampai bila nk terima ..dan merelakan diri dari menayang aurat kita pada DR laki2..sebab ALASAN nya ialah DARURAT...ya ALLAH..biarlah orang nak kata apa kat kita...janji kita x mrelakan diri dari dilihat oleh orang yang bukan muhrim kita..

inshaALLAH ada jalanNya..
to DR2 yang check saya hari tu..tq ye sebb faham akan apa yang saya mahukan...hahahahaahahahaha

kepada kawan2 muslimah ku..sila ambik perhatian..jangan lah ambik mudah dgn merelakan aurat kita yang dijag rapi ni..tertayang didepan DR2 yang bukan muhrim kita...jangan ambik ringan ye...jaga lah aurat kita..
inshaALLAH...ALLAH kan jaga kita dgn baik