Wednesday, November 30, 2011

salam maal hijrah bt smua..yang akan berhijrah dan abakal berhijrah..dan dah berhijrah
as like me..:)
tq ALLAH ..give me chan..utk kali ni..

happy tgk kawan2 y dh bhijrah..:)
ku doakan dirimu...kekal..istiqomah dalam hijrah nie..:)

Tuesday, November 15, 2011

dikala nie.....
malam y sepi,sejuk..tanpa orang2 y tedekat

saat ni ..aku amat merindui sebuah ukhuwah..
dimana nk beli ukhuwah ye?

aku sangat merinduiNya..
aku mahu berubah ya TUHAN..ya RABB..

bantu aku untuk melalui jalan kearahMu...
BANTUAN MMU..amat2 dperlukan oleh ku..


:(

saat ni..aku merindui apa tu nasihat..apa tu tarbiyyah
dari orang2 yang amat ku perlukan

BETUL!!!...dengan manusia ..aku rasa
LEMAH...tapi dgnMU...PENUH PENIPUAN...

t

Sunday, November 6, 2011

CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI



CARA RASULULLAH S.A.W MENJAGA KESIHATAN DIRI


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)

Oleh Ustaz Zawawi Yusof

selamat ari ayer


Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar, Laa ilaa haillallah Huwallahu akbar, Allahuakbar walillaahil hamd ♥

alhamdulillah...:) selamat hari raya aidildha

dri sy n keluarga

Friday, November 4, 2011

TAK reti!

xtahu nak kata apa..tapi lebihh baik diam je..:)


x reti nk mula mana..emmm

Thursday, November 3, 2011

bersangka baik dengan ALLAH

Pada 1 masa lalu..nur wafa seorang yang sangat terkenal dengan perwatakan pelajar cemerlang...dimana dia berada tangan nya x lokek dengan buku-buku dari perpustakaan

nur wafa pelajar sastera dan seni disekolah yang sentiasa bersemangat dan aktif dengan aktiviti disekolah..

hijrah,aisha,mira,as nama-nama tersebut adalah sahabat baik nya..:)
sweet memory.. pada tahun 2006

Nur wafa

Wednesday, November 2, 2011

pendebatan




Segala puji bagi ALLAH..tuhan yang maha mengetauhi apa tersirat dan tersurat
didalam minda hambanya

1/11/2011 MALAM 10.45 MALAM
Ku d kejutkan dengan 1 amukan manusia yang luar biasa..

4 lawan 1
yang sorg mmg nak tunjuk bagus..as like hakim

3 .. pendebat terhandal sekadar mulut dan otak kuning..

1 ...seorang yang tenang,hina,pendiam.. iaitu aku!


tq.. to pendebat terhandal bilik ku...tot..rahsia..sb berjaya melontarkan beberapa hujah
yang sangat cetek,kuno dek akal yang lemah..


n to sorg pendebat yang x bertauliah..

tq mgkambing hitamkan ku..utk kpentingan dirimu..
semoga anda dapat pinggat emas nun disana..

dan ku sebagai pembangkang..yang sememangnya tenang di meja debat..
walaupun ku sorg..ku ada pengundi yang ramai..mereka mendoakanku..tq to my mentor..
kak hajar give me support..

now..ku kan lebih blapang dada..utk mencari ilmu2 ALLAH..sebagai simpanan utk hari esok

kerana ujian akan sentiasa ada..ya ALLAH permudahkan hidupku.. amin..